RM95.00 - 105.00


KHAT ASSALAMUALAIKUM 3D | HIASAN DINDING ISLAMIK | POS TERUS DARI KILANG KAMI

Kalimah 'Assalamualaikum', merupakan ungkapan yang mampu merapatkan ukhuwwah sesama muslim. Ini kerana ia merupakan doa kita kepada saudara muslim kita yang lain, agar Allah memberikan kesejahteraan kepadanya. Amalan memberi salam ini turut menghadirkan rasa kasih sayang dan saling hormat menghormati sesama muslim, sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya seutama-utama manusia pada Allah ialah orang yang terlebih dahulu memberikan salam dalam kalangan mereka.” (Hadis riwayat Abu Dawud).
Bahkan, ia mampu menghadirkan keberkatan kepada penghuni rumah yang didoakan tersebut. Ia sesuai dengan saranan Nabi Muhammad s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud:
“Wahai anakku, jika kamu hendak masuk ke tempat keluargamu, maka ucapkanlah salam, nescaya akan berkat atas kamu dan seluruh keluarga rumahmu.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Ia juga merupakan amalan terbaik yang mudah untuk dilaksanakan. Ini dapat dilihat melalui pertanyaan sahabat kepada Nabi s.a.w,
“Mana satu amalan Islam yang terbaik?” Lalu jawab Baginda: “Kamu menjamu orang makan, dan mengucapkan salam kepada orang yang dikenali mahupun tidak.” (Hadis riwayat al-Bukhari).
Semoga dengan menggantungkan kalimah ini dalam hiasan rumah kita akan secara tidak langsung menggalakkan sesiapa jua yang melihatnya mengungkapkannya dan memperolehi kemulian kalimah tersebut, insyaAllah.

Boleh sesuaikan dengan deko rumah anda. Tentu dinding yang kosong akan bertambah berseri.
Lagi best kalau kita buat kejutan kepada orang yang tersayang, samaada isteri atau mak kita kan?
Tambah keceriaan & ketenangan di rumah kita dengan hiasan dinding islamik yang cantik & menawan ni.
Variasi
Maklumat Produk
Kondisi :
Baharu
Material : PVC Foamboard & Acrylic
Lokasi : Melaka
2 Variasi Pilihan:
1. Satu Panel Khat Assalamualaikum
Panjang : 90 cm, Lebar : 30cm, Warna : Putih, Harga : RM95
2. Satu Panel Khat Assalamualaikum
Panjang : 90 cm, Lebar : 30cm, Warna : Hitam, Harga : RM105
Design ekslusif dan harga mampu milik kerana kami hantar terus dari kilang.
Klik butang di bawah untuk buat pembelian sekarang!.




Review

